Monday, May 28, 2012

kawan SEJATI....

hai assalamualaikum semua....

tibe2 hati niza terdetik nak tulis pasal kawan....
hurmmm apa pendapat anda tentang KAWAN/SAHABAT/RAKAN????


Kawan Sejati
Masih mengenai kawan.

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati?

Tuesday, March 6, 2012

kenapa saya bebelog

........بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم
 Assalamualaikumm....
 hai semua ... huhuhuhuhu..
jangan pelik dengan kehadiran saya disini yewp..
 wink..wink *_^
  
Haaa.. kat sini niza nak habaq mai kat korang kenapa niza ni tetiba nak berbelog ni kan...
 sebab yang paling niza tarsangat2 nk berbelog ni sebab niza slalu dok p tgk blog sis http://kupukupukecik.blogspot.com/
yuyu ni.. sanggat  comel...n  orng yang kedua ialah  http://irinenadia.blogspot.com/  blog dia sanggat- sanggat
menarik hati niza untuk baca.. n the last person is.....http://fatinsuhana.blogspot.com/ blg kak fatin ni pulak sanggat2 lawa... awesome la semua... hihihihihihihii niza pun mau ad blog macam akk2 kat atas ni...

walaupun masih baru niza harap awk-awk semua boleh terima kehadiran blog niza seadanya... sebarang kritikan yang membina amatlah dihargai... n yang tak boleh menerima blog niza ni harap xyah baca n tengok okeyh... :P xpakse untuk lihat....

*this is me.. tuan punya blog... nur syazniza binami.. 17 years old..


bye2.. <3

Monday, March 5, 2012

assalamualaikum...

........بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم